Monday, August 24, 2009

Salam Perkenalan

Apa khabar semua?

Assalamualaikum. Nama saya Suhana bt Dr Mohamad Ikram. Saya anak sulung daripada tiga beradik. Novel Misi Suhana adalah tentang saya. Kini sudah ada siri pertama di pasaran - Misi Suhana 'Saya Sayang Mama'.

Saya memang keliru, mahu tinggal dengan papa atau pun mama?

Saya rindukan Farah dan perlu berbaik-baik dengan Faridul. Apa pendapat pembaca? Berjayakan misi saya?

Siri kedua akan menyusul akhir Disember 2009. Tentu saya akan bercerita tentang kawan-kawan lama Nelly dan Ammina dan juga yang baru. Ya, Firdaus antara yang baru dan ada seorang lagi nanti. Ada kejutan di Alor Gajah!

Jom berinteraksi dengan saya, tinggalkan komen-komen di sini...supaya anda menjadi Kawan Suhana. Nyatakan:

1) Nama
2) Asal
3) Umur
4) Beli buku ini di mana?
5) Adakah adik suka membaca buku ini? Mengapa?