Tuesday, June 5, 2012

Dapat satu set Siri Misi Suhana secara online!

Assalamualaikum
Apa khabar adik-adik?

Misi Suhana ada 3 siri semuanya dan apabila bertemu adik-adik Kak Kusyi agak terkejut kerana ada yang membaca tidak mengikut siri yang sepatutnya. Ada yang baca siri terakhir dahulu pun ada.

Selalunya Kak Kusyi nasihatkan supaya baca Saya Sayang Mama, kemudian Saya Sayang Papa dan seterusnya Saya Sayang Semua. Barulah betul rentaknya, ya, adik-adik.

Misi Suhana ini sebenarnya tidak hanya sesuai untuk adik-adik tetapi juga kepada semua orang sama ada remaja atau pun dewasa. Ini kerana isu yang disampaikan di dalam Misi Suhana adalah untuk semua cuma ia dari sudut pandangan seorang kanak-kanak yang bernama Suhana.

Oh, menghasilkan novel ini sangat membuatkan Kak Kusyi teruja dan Kak Kusyi harap para pembaca juga begitu.

Untuk makluman semua, bagi mendapat semua siri dan membacanya dengan mudah dan riang ria :), adik-adik boleh mendapatkan secara online. Setiap tempahan secara set akan mendapat hadiah comel dari Kak Kusyi.

Harga bagi satu set ialah RM40 sahaja. Adik juga boleh membeli siri-siri yang adik mahu sahaja. (tetapi kalau beli satu tak dapatlah hadiah comel itu, ya :) :) heheh)

Ok. Nanti kita jumpa lagi.

Hubungi kami di kusyihirdan@gmail.com untuk tempahan ya!